Bandar Baru Kijal Kijal

Bandar Baru Kijal merupakan sebuah projek yang dibina di pedalaman oleh Dato Seri Ahmad Bin Said yang memimpin Terengganu sebelum ini (sebelum Ahmad Razif mengambil alih). Pembinaan Bandar Baru Kijal termasuklah pembinaan pasaraya Giant yang menjadi tarikan utama penduduk Kijal yang sebelum ini sukar untuk membeli barang keperluan. Selain pasaraya Giant, pembinaan beberapa kedai lain juga turut dilakuka.

Kijal Mall

Kampung Penunjuk Kijal

Kampung Penunjuk Kijal atau Kg. Penunjuk merupakan sebuah kampung yang terletak di tengah-tengah diantara Kampung Darat, Kampung Tengah dan Kampung Ibai. Kampung ini mempunyai sebuah Tangki simpanan air yang tertinggi di antara kampung-kampung terdapat di pendalaman Kijal. Jumlah penduduk kampung ini dianggarkan berjumlah 277 orang.

Kompleks tekstil

Persatuan Industri Tekstil China (PITC) bersetuju melabur RM500 juta bagi membina kompleks tekstil di Bandar Baru Kijal, Terengganu. PITC akan mengeksport barangan tekstil terus dari China ke kompleks itu melalui Pelabuhan Teluk Kalong. Perjanjian persefahaman (MoU) antara PITC dan Majlis perbandaran Kemaman (MPK) bagi pelaksanaan projek itu dimeterai di Chukai, Terengganu. PITC berminat melabur di Bandar Baru Kijal berikutan pelbagai kemudahan asas yang disediakan di kawasan itu oleh kerajaan negeri bagi kemudahan pelabur. Pelaburan kerajaan negeri dengan kerjasama PITC dijangka mampu mendatangkan keuntungan untuk jangka panjang dalam industri tekstil.

Dengan adanya kompleks tekstil ini, ia akan memberi kemudahan kepada peniaga dan penduduk di Pantai Timur khususnya mendapatkan pelbagai bahan berasaskan tekstil yang bermutu. Ini adalah projek jangka panjang yang akan memberi keuntungan kepada peniaga tekstil. Kompleks tekstil yang akan dibina itu nanti bakal menjadi hab tekstil yang pertama seumpamanya di Pantai Timur.Penduduk Pantai Timur dan peniaga tekstil tidak perlu lagi pergi ke Nilai, Negeri Sembilan bagi mendapatkan barangan berasaskan tekstil serta kain yang bermutu kerana semuanya a